Sunday 23 February 2014

Agong Nak Ke Dengar Cakap PKR?

PKR gesa Agong tangguh lantikan YDP Sarawak

PKR gesa Agong tangguh lantikan YDP Sarawak
Ketua AMK Sarawak, Ahmad Nazib Johari (kiri) bersama Timbalan Pengerusi MPN PKR Sarawak, Zulrusdi Mohamad Hol selepas menyerahkan memorandum bantahan pelantikan YDP Sarawak baharu di Pejabat Penyimpan Mohor Besar Majlis-Majlis Malaysia, di Kuala Lumpur, Khamis lalu.


SHAH ALAM – PKR Sarawak hari ini mempersoalkan pelantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai calon tunggal bagi mengisi jawatan Yang di-Pertua (YDP) Sarawak baharu sedangkan ketua menteri itu sendiri akan menasihati Yang di-Pertuan Agong kerana peletakan jawatannya hanya berkuat kuasa pada 28 Februari ini.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak, Zulrusdi Mohamad Hol berkata, tidak wajar apabila Taib sahaja dicalonkan untuk jawatan tertinggi tersebut sedangkan ramai lagi pemimpin lain yang berkaliber dan bebas daripada salah laku rasuah serta penyelewengan boleh mengisi kekosongan kerusi itu.

“Bekas menteri pertahanan, Tan Sri Datuk Sri Abang Haji Abu Bakar Datuk Bandar Abang Mustapha, atau bekas yang di pertua Dewan Negara, Tan Sri Datuk Abang Ahmad Urai Datuk Hakim Abang Mohidin, adalah antara contoh nama yang boleh diketengahkan.

“Agak tidak kena apabila Taib sendiri sebagai ketua menteri Sarawak menasihati YDP Agong untuk melantiknya sebagai TYT yang baharu,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan PKR Sarawak pada Khamis lalu yang mengemukakan memorandum kepada Majlis Raja-Raja (MRR) memohon supaya YDP Agong menangguhkan pelantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai YDP Sarawak yang baharu.

Khamis lalu, AMK Sarawak menyerahkan memorandum bantahan itu di Pejabat Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja Malaysia, di ibu negara.

Memorandum setebal tiga halaman itu diserahkan kepada Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Sabtu Awab selepas pertemuan kira-kira 20 minit.

Selain itu, PKR Sarawak juga menyerahkan memorandum bantahan sama kepada pihak Istana Negara, Jalan Duta, hari sama.

Mengulas lanjut, PKR Sarawak berharap bantahan itu dapat dimasukkan dalam agenda mesyuarat MRR yang dijadualkan bersidang pada 25 hingga 26 Februari ini.

Peletakan jawatan Taib akan berkuat kuasa pada 28 Februari. Taib juga dijangka akan menggantikan Abang Muhammad Salahuddin yang akan tamat tempoh sebagai YDP Sarawak pada 28 Febuari ini.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP