Thursday 20 February 2014

'Kalimah Allah' Gagal Di Kajang


Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman membentangkan hasil kajian berkenaan PRK DUN Kajang oleh Umcedel di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.


Isu kalimah Allah tidak akan berjaya meraih lebih undi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac ini apabila 55% pengundi di kawasan itu mengambil pendirian menolak isu itu sebagai alasan untuk menyokong parti pemerintah, menurut Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

Pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, kaum Melayu paling ramai menolak isu itu untuk menyokong BN dengan 60% responden manakala Cina 54% dan India 36%.

“Penduduk kampung paling ramai menolak isu itu dengan 85% manakala penduduk kuarters kerajaan dan apartment di Kajang sebanyak 65%,” katanya dalam satu sidang media di Universiti Malaya hari ini.

Seramai 576 responden yang merupakan pengundi di Kajang menyertai kajian itu yang diadakan hujung minggu lalu membabitkan semua 16 kawasan daerah mengundi.

Antara isu lain yang turut dikaji Umcedel adalah kesan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada sokongan terhadap BN dan isu kenaikan harga barang yang menambahkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR). – tmi

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP