Tuesday 25 February 2014

Pelakon Sakit Jiwa Pukul Isteri Orang?



Ikuti temubual dari Fauzi Nawawi:

Saya ada SMS Sharnaaz kata nak jumpa dan minta penjelasan. Tapi dia balas SMS dengan bahasa berbaur gangster dan ugutan. Saya tak boleh dedahkan semua sebab dah jadi kes polis. Antara salah satu komen dia adalah, “Lu datanglah macam mana pun, gua hadap.”

Kami buat laporan polis bukan untuk cari publisiti, kami dah lama dalam industri, untuk apa lagi cipta kontroversi? Saya cuma mahu melindungi isteri dan anak-anak saya.

Saya tak tahu apa sebenarnya yang terjadi sampai dia marah sangat isteri saya. Yang saya tahu, Lisdawati call saya menangis-nangis selepas kejadian. Apa yang saya dengar dari saksi, pada mulanya mereka semua bergelak, biasalah bila tersalah dialog, semua orang akan gelak. Tapi entah mengapa Sharnaaz cuma tengking isteri saya.

Saya ada telefon pengarah drama tu, Jamal Khan untuk minta tolong tengok-tengokkan isteri saya. Lisdawati pun minta Lana Nodin teman dia ke lokasi pada 21 Februari kerana risau sekiranya berlaku apa-apa yang tak diingini.

Apabila mereka sampai sahaja di lokasi, Sharnaaz terus halang kereta mereka dan belum sempat Lisdawati keluar, Sharnaaz dah tunggu depan pintu kereta dengan lagak yang bersedia untuk menyerang. Lana kemudiannya telefon saya dan saya arahkan Lana bawa Lisdawati tinggalkan tempat tu. Lana cerita, mereka dengar Sharnaaz menjerit sewaktu mereka berpatah balik.

Saya tak tahu bagaimana pula keadaan isteri saya kalau dia keluar dari kereta. Mungkin Sharnaaz boleh bertindak lebih daripada itu. Suami mana yang tak risau jika isteri dia yang sedang mengandung diperlakukan macam tu?

Kalau apa-apa jadi pada isteri saya, saya nak dia bertanggungjawab. Saya tak harapkan dia minta maaf sebab saya tahu dia tak akan buat macam tu. Tapi saya sarankan dia pergi buat rawatan kesihatan. Saya takut dia ada masalah mental yang dia sendiri tak tahu.

Temubual dari Sharnaaz Pula:

“Saya tak bodoh nak serang atau pukul wanita hamil walaupun dalam keadaan marah kerana ibu saya juga seorang wanita Lisdawati nampaknya telah memfitnah saya. Saya tidak menyerangnya di lokasi. Tapi saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai ini”

“Sudah beberapa kali saya minta berjumpa dengan saya untuk menyelesaikan hal ini. Mengapa mereka perlu gunakan media? Berdepanlah dengan saya jika mereka benar,”


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP