Friday 7 February 2014

Rakyat Meluat Dengan Pertelingkahan Azmin - Khalid

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya berhenti menggunakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai senjata politik sekali gus melanggar prinsip PR.

Menurutnya, pemecatan kakitangan PKNS oleh Abdul Khalid adalah bercanggah dengan prinsip yang diamalkan PR.


"Ia benar-benar bercanggah dengan prinsip yang didukung oleh kerajaan PR di Selangor iaitu semua pekerja perlu dilayan dengan bermaruah dan belas kasihan.

"... pemecatan secara tiba-tiba akan menyebabkan kerugian kewangan yang besar kepada pekerja, pemberian dua bulan gaji hanya bersifat penghinaan.

"Saya menyeru kuasa-kuasa berkenaan dengan segera membatalkan surat pemecatan dan meminta maaf kepada rakyat Selangor bagi tindakan yang tidak bertimbang rasa," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terbaru, media melaporkan Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang itu telah mempertahankan tindakan memecat 22 kakitangan anak syarikat PKNS bagi menjimatkan perbelanjaan operasi sebanyak RM7 juta.

Abdul Khalid berkata, pemecatan tersebut adalah mengikut prosedur yang dibuat dalam perjanjian dengan kakitangan PKNS tersebut.

"Prosedur penamatan kontrak mematuhi terma dan syarat mengikut perjanjian yang dibuat sebelum ini.

"Penamatan kontrak ini akan menjimatkan kos operasi PKNS sebanyak RM7 juta setahun," katanya.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP