Saturday 15 February 2014

PRK Kajang - Kelibat Mat Taib Bakal Gerunkan Umno

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mempunyai kelebihan tersendiri dalam membantu kempen Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memenangi PRK Kajang.

Beliau yang pernah menerajui negeri ini dan mempunyai ilmu dalam selok-belok pentadbiran dilihat sebagai satu kelebihan dalam usaha menarik pengundi.


Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, dengan pengalaman luas  menerajui Selangor, Muhammad mampu membantu pentadbiran kerajaan negeri jika diperlukan.

“Saya yakin dengan penyertaannya dalam Pas tahun lalu, beliau mampu membawa pengaruh dengan lebih signifikan atas dasar ‘orang lama.

“Selain itu, beliau juga mampu mempengaruhi orang muda,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Anwar kelmarin menyatakan akan membawa masuk bekas veteran Umno berkenaan ke dalam pentadbiran Selangor sekiranya memenangi PRK Kajang.

Menurutnya, Muhammad mempunyai kepakaran dalam program desa dan luar bandar selain dapat membantu dalam pentadbiran Selangor.

Dalam pada itu, Muhammad juga menyambut baik pelawaan Anwar  untuk beliau membantunya membangunkan kawasan luar bandar Selangor selepas PRK Kajang.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat pula berkata, kesediaan Muhammad menyambut baik pelawaan Anwar adalah satu cara membantu kemenangan pemimpin PKR itu.

“Dengan keputusan yang dibuat Muhammad itu, ia sekali gus mampu menarik perhatian pengundi di Kajang kerana kita sedia maklum Muhammad mempunyai pengaruh besar di negeri ini,” katanya.

Selain itu, beliau turut yakin yang penyertaan Muhammad mampu menarik sokongan dan perhatian rakyat Selangor terutama dalam pentadbiran dalam kerajaan negeri.

“Beliau mempunyai karisma tersendiri kerana merupakan tokoh veteran Umno dan mempunyai kumpulan penyokong tegar.

“Dengan penyertaan beliau dalam Pas, ia sekali gus memberi kelebihan besar kepada calon PKR kerana sokongan terhadapnya turut bertambah daripada kalangan penyokong Pas.

"Ini memberi kelebihan tersendiri kepada Anwar," katanya.

Tambah Samsul, keputusan Anwar mengajak Muhammad menyertai kerajaan negeri merupakan salah satu kempen dalam misi merebut kerusi Dun Kajang dalam PRK pada 23 Mac depan.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP