Wednesday 26 February 2014

Sedangkan Ahli Parlimen Dihalang Berurusan Dengan Pejabat Najib.. Apatah Lagi Rakyat Biasa..

Ini saya wakil rakyat, bagaimana rakyat biasa - Rafizi

PUTRAJAYA: Selepas setengah jam 'ditolak sana sini' oleh pegawai di pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Adun Batu Lintang See Chee How akan menghantar memorandum berhubung kes rasuah balak bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud melalui pos.

Rafizi yang ditemui di pekarangan Jabatan Perdana Menteri kecewa apabila pegawai Najib enggan berjumpa beliau sedangkan perkara itu telah dimaklumkan dalam satu surat semalam.


"Semalam saya sudah bagi surat tentang penyerahan memorandum hari ini. Notis sudah bagi dan difaks awal.

"Saya berhubung dengan dua pegawai Mohd Nor dan Azian sebaliknya mereka minta saya berhubung dengan Badrin.

"Badrin pula tiba-tiba tanya soalan macam-macam dengan saya seolah-olah hendak menyiasat saya. Saya ditolak tolak, buang masa saya sahaja," katanya kepada media.

Rafizi kesal apabila pejabat Perdana Menteri tidak mahu menerima memorandum apatah lagi beliau hendak berjumpa dengan Najib sendiri.

"Saya tunggu, ditolak tolak. Tidak ada wakil seorang pun yang hendak terima memo ini. Langsung tidak menghormati tetamu yang datang.

"Ini saya sebagai wakil rakyat. Bagaimana pula dengan rakyat biasa yang datang hendak berjumpa dengan PM sendiri," katanya dengan nada kesal.

Bagaimanapun Rafizi percaya tindakan tidak mahu terima memorandum ini sama ada tidak hormati rakyat atau takut dengan Taib Mahmud.

Memorandum serta bukti terbaru dakwaan rasuah terhadap Taib Mahmud yang hampir 100 muka surat itu turut dikepilkan sekali desakan agar Najib menangguhkan pelantikan Taib sebagai Yang Dipertua Negri Sarawak sehingga dakwaan kes rasuah disiasat semula.

Pagi tadi Rafizi turut menyerahkan bukti terkini kes balak keluarga Taib Mahmud kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP