Sunday 9 February 2014

Tawaran tampar sama seperti upah membunuh

PAS mengecam sikap tidak bertanggungjawab Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang mengambil sikap lepas tangan dalam kes tawaran tampar ke atas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar bimbang jika tiada tindakan tegas diambil, berkemungkinan selepas ini akibat lebih buruk seperti membunuh akan berlaku.


"Kalau sekarang upah akan dapat bila ada individu boleh menampar seseorang dan selepas ini mungkin upah yang lebih lumayan bila dapat membunuh seseorang.

"Adakah Ahmad Zahid tidak terfikir apa akan berlaku jika ada yang menyahut tawaran tersebut dan saya pasti bukan sekadar menampar, perkara yang lebih teruk akan berlaku," kata Mahfuz yang dipetik dalam Harakah Daily hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mempersoalkan sama ada Ahmad Zahid mahu menunggu kematian baru mengambil tindakan ke atas pihak tidak bertanggungjawab tersebut.

"Yang pastinya kecederaan teruk dan tidak mustahil akan mengakibatkan kematian. Adakah Ahmad Zahid mahu tunggu kematian baru tindakan terhadap individu yang menawarkan tawaran akan dikenakan?" soal beliau lagi.

Mahfuz berkata kenyataan Ahmad Zahid tersebut tidak menggambarkan jawatannya sebagai seorang menteri sebaliknya menambahkan lagi ketegangan.

"Kenyataan beliau itu sebaliknya akan mencetus lebih banyak ketegangan serta ugutan daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab jika timbul tidak puas hati.

"Malah saya pasti, bila seorang menteri mengeluarkan kenyataan sedemikian maka akan ada rakyat Malaysia yang akan bertindak dan kita tidak tahu apa akan berlaku ekoran tawaran tersebut," ujarnya.

Mahfuz turut berkata, tindakan tersebut akan menggalakkan lagi budaya samseng di kalangan masyarakat.

"Saya minta Najib segera memecat Ahmad Zahid atas kenyataan beliau yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang menteri," kecam Mahfuz lagi.

Khamis lepas, sekumpulan individu yang mendakwa mewakili NGO Islam menyembelih dua ekor ayam dan mengumumkan ganjaran sebanyak RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Kok kerana dikatakan menghina Melayu dan Islam.

Kok bersama penyokongnya membuat laporan polis keesokkan hari bimbang keselamatan dirinya terancam.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid mempertahankan kumpulan tersebut dan menganggap tawaran tersebut bukan suatu ancaman keselamatan.

Kenyataan Ahmad Zahid tersebut menimbulkan kemarahan di kalangan orang ramai dan pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

Malah ia bukan kali pertama naib presiden Umno tersebut mengeluarkan kenyataan kontroversi, Ahmad Zahid juga pernah menyokong tindakan pihak polis menembak penjenayah terlebih dahulu sebelum menyoal, serta menyokong beberapa pergerakan kumpulan Melayu bawah tanah.  – 


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP