Wednesday 27 April 2016

Tan Sri Ismee, CEO Tabung Haji LETAK JAWATAN?



Sebuah artikel oleh The Edge Financial Daily, pada 26 April 2016 melaporkan bahawa menurut sumber,Tan Sri Ismee Ismail meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Lembaga Tabung Haji (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), dan dia dikatakan akan menyertai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain berkemungkinan sebagai orang No.2 di Sime Darby Bhd.

Ismee, yang juga merupakan ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB), telah menjadi MD dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Tabung Haji sejak 2006.



Tabung Haji terperangkap dengan kontroversi berkaitan 1MDB tahun lepas, selepas Tabung Haji mengumumkan telah membeli 0.64ha tanah di Tun Razak Exchange (TRX), projek hartanah besar-besaran oleh 1MDB.

Pembelian tanah itu telah menarik perhatian rakyat kerana ia adalah 43 kali lebih tinggi daripada harga yang dibayar oleh 1MDB untuk memperoleh tanah itu daripada Kerajaan Persekutuan.

Pada Januari tahun ini, Tabung Haji sekali lagi menarik perhatian rakyat selepas pengurusan kewangannya dipersoalkan.

Dalam satu surat yang bocor, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dikatakan telah mengeluarkan amaran kepada Tabung Haji mengenai kedudukan kewangannya, yang menyatakan bahawa dana Tabung Haji mempunyai lebih banyak liabiliti berbanding aset, dengan hanya 98 sen aset bagi setiap ringgit liabiliti.

Menambahkan kegurasan rakyat, Seksyen 22 Akta Tabung Haji menyatakan bahawa ia tidak boleh mengisytiharkan dividen dan bonus kepada pencarum jika asetnya bernilai kurang daripada liabiliti.

Mingguan Edge telah melaporkan bahawa rizab dana Tabung Haji telah terhakis dengan ketara berikutan amalan membayar bonus yang melebihi pendapatannya sejak 2012.

Sumber: SINI


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP