Thursday 5 May 2016

UPDATE TERKINI: Bomba Hantar Storm Ke Sebuyau



Pasukan bertindak diketuai Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama agensi lain ditubuhkan segera untuk mencari helikopter yang hilang di Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menyatakan demikian dalam laman Twitternya malam ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pula dalam Twitternya berkata pasukan tentera udara dan darat juga turut dikerah untuk membantu operasi mencari dan menyelamat sebuah helikopter yang dilaporkan hilang.

"Saya telah arah Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia bersama-sama dalam operasi mencari dan menyelamat helikopter yang dilaporkan hilang itu," katanya.

Sementara itu, sebanyak 30 anggota pasukan bomba dan penyelamat Sarawak dari unitSpecial Tactical Operation Rescue Malaysia (Storm) digerakkan ke Sebuyau, sekitar 200km dari Kuching malam ini, sebagai pasukan awal mencari helikopter yang hilang semasa dalam perjalanan dari Betong ke Kuching petang tadi.

Pengarah Bomba Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata sehingga pukul 9 malam ini, tiada pihak yang dapat mengesahkan lokasi sekitar helikopter itu hilang, namun anggota Storm tetap akan digerakkan menghala ke Sebuyau malam ini sebagai persiapan awal.

Menurutnya unit udara bomba juga sudah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk digerakkan.

- Bernama


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP