Thursday 6 October 2016

Duit Merata-rata: Boleh Masuk Rekod Guiness World Records



Putrajaya: Menteri Di Jabatan Menteri Datuk Paul Low mengucapkan tahniah di atas kejayaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di atas kejayaan membongkar kes rasuah membabitkan projek bernilai RM3.3 bilion di Sabah.

Menurutnya, kes itu membabitkan jumlah wang sangat besar, dan rumah yang diserbu SPRM dipenuhi dengan wang tunai.

"Duit merata-rata, di bawah siling, di bawah tilam, dalam almari, di dalam tandas... rumah itu penuh dengan wang tunai.

"Boleh masuk rekod Guiness World Records, tahniah kepada SPRM," katanya ketika berucap pada majlis Persidangan Ikrar Integriti Korporat (CIP) 2016 di sini, hari ini.

Semalam, SPRM merampas wang tunai sebanyak RM112 juta, sembilan kereta mewah, barangan kemas, geran tanah dan beberapa lain susulan tangkapan dua pegawai jabatan kerajaan di Kota Kinabalu, kelmarin.

Rampasan wang tunai itu adalah yang terbesar di negara ini sejak penubuhan agensi pencegahan rasuah itu sejak 49 tahun lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki dipetik berkata, semua wang dan barangan terbabit ditemui hasil daripada serbuan di beberapa lokasi termasuk pejabat, rumah dan kenderaan milik suspek.

"Daripada RM112 juta wang tunai itu, RM52 juta disimpan di rumah, pejabat dan kenderaan suspek manakala selebihnya di beberapa akaun bank milik suspek dan keluarga mereka.

"Selain dua kakitangan kerajaan berpangkat pengarah, 54, dan timbalan pengarah, 51, dua lagi individu ditahan membabitkan seorang ahli perniagaan, 55, dan akauntannya, 50, turut ditahan bagi membantu siasatan.

"Turut dirampas 97 geran tanah milik seorang daripada pegawai kerajaan berkenaan," katanya.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP