Thursday 8 December 2016

Lima Pelarian Rohingya Ditahan Kerana Mengedar Dadah



ALOR SETAR: Lima pelarian Rohingya ditahan kerana dipercayai menjadi pengedar dadah di Sungai Petani dan Kulim di Kedah.

Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, kesemua mereka ditahan dalam dua serbuan di Bandar Utama, Sungai Petani dan sebuah stesen minyak di Lunas, dekat Kulim.

Dalam serbuan pertama di Sungai Petani, tiga suspek termasuk seorang wanita ditahan ketika sedang leka membungkus dadah.

Polis juga berjaya  merampas 3,450 biji pil psikotropik, 800 pil Kuda Methaphitamin dan 5.41 gram syabu serta barang kemas bernilai RM4,500.

Susulan itu, sekumpulan anggota dari Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah melakukan satu lagi serbuan di stesen minyak di Lunas dekat Kulim.

Jelas Abdul Jalil, pihaknya juga menyelongkar sebuah kenderaan Nissan X-Trail dan menahan seorang lagi lelaki dan perempuan pelarian Rohingya yang dipercayai berada di lokasi berkenaan untuk menjual dadah di sekitar Kulim.

Hasilnya, polis merampas 9,030 biji pil psikotropik, 58 biji pil Kuda Methaphitamin serta wang tunai RM25,000.

"Sekarang ni tengah tegang tentang Myanmar, kita beri tumpuan kepada orang Myanmar, dia datang sini jadi pengedar pulak.

"Patutnya dia datang sini mencari rezeki yang baik tetapi dia jadi pengedar dadah, jadi mereka memalukan negaranya sendiri," katanya dalam satu sidang media.

Tambah Abdul Jalil, hasil siasatan kelima-lima mereka berusia antara 25 sehingga 42 tahun itu masuk ke negara ini secara haram dan memegang kad UNHCR palsu.

Kesemua suspek direman lima hari bermula Khamis untuk disiasat mengikut Seksyen 29 B Akta Dadah Berbahaya.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP