Thursday 4 May 2017

Ahmad Shabery: Umno Dan Pas Bergabung Untuk Selesaikan Masalah Rakyat


MARANG: Perbezaan politik bukan halangan untuk pemimpin UMNO dan PAS berkongsi pentas menyelesaikan masalah rakyat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata ia terbukti apabila Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bersama turun padang menyelesaikan masalah nelayan setempat.

Ahmad Shabery berkata, pimpinan atasan parti politik sudah membuktikan kepentingan rakyat di peringkat akar umbi mengatasi perbezaan politik.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beberapa kali berada di pentas bersama Abdul Hadi atas isu Rohingya. "Memang sukar untuk merapatkan rakyat di peringkat bawahan tetapi ini menjadi kenyataan hari ini," katanya berucap pada majlis pelancaran tukun tiruan 'Rig To Reef' dan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Jabatan Perikanan dan PETRONAS di Dataran Marang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusoff; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi negeri, A Latiff Awang merangkap Ketua UMNO bahagian Marang dan Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Zawawi Ali. Ahmad Shabery dan Abdul Hadi menaiki bot bersama rombongan ke perairan Pulau Kapas bagi menyaksikan kerja menurunkan tukun tiruan berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, kerjasama Jabatan Perikanan negeri dengan PETRONAS merangkumi usaha melabuhkan tukun tiruan dari pelantar minyak terpakai di perairan perikanan negara, dikenali sebagai 'Rig to Reef'.

"Kerjasama dengan PETRONAS adalah permulaan yang baik bagi usaha meningkatkan pendapatan nelayan," katanya.





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP