Monday 8 May 2017

Foto Juruterbang Tidur Ketika Bertugas Tersebar Diinternet


Gambar Kapten Amir Akhtar Hashmi yang disebarkan diinternet

Juruterbang pesawat Pakistan Air Lines digantung tugas kerana didakwa membahayakan nyawa 300 penumpang selepas ditemui tidur di kerusi kelas perniagaan dan meninggalkan kawalan penerbangan kepada juruterbang pelatih.

Kapten Amir Akhtar Hashmi ditemui berselimut tidak lama selepas pesawat itu berlepas dari Islamabad, Pakistan ke London.

Media tempatan mendakwa dia tidak bangun sepanjang penerbangan yang mengambil masa dua setengah jam itu.

Perbuatan bekas Presiden Persatuan Juruterbang Pakistan Air Lines (PALPA) itu disedari seorang penumpang yang mengambil gambarnya sebelum membuat aduan kepada pramugari.

Gambar juruterbang itu yang memakai seragam berselimut turut disebarkan di Internet.

Susulan itu, dia digantung tugas sementara menunggu hasil siasatan pihak berkuasa.

Seorang pramugari dilaporkan media tempatan berkata, penumpang membuat aduan mereka rasa tidak selamat selepas mendapati kapten penerbangan nyenyak tidur.

Pada 2009, pesawat Air France dari Rio de Janeiro ke Paris terhempas selepas juruterbang, Kapten Mark Dubois, 58, dan pegawai pertamanya tidur.

Insiden terjadi selepas berlaku masalah ketika penerbangan dan pembantu juruterbang kedua yang kurang berpengalaman panik dan gagal mengawal pesawat Airbus 330 itu.

Pesawat itu menjunam dan terhempas di Lautan Atlantik menyebabkan 228 nyawa terkorban.

Juruterbang sebenarnya dibenarkan berehat sebentar selepas melalui penerbangan yang panjang dan kabin khusus disediakan di belakang kokpit dilengkapi telefon supaya mudah dihubungi jika berlaku kecemasan.

Bagaimanapun juruterbang hanya dibenarkan berehat dengan kehadiran juruterbang lain untuk mengendalikan pesawat.





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP