Friday 19 May 2017

PAS Akan Hilang 5000 Jawatan Di Selangor


PAS dijangka kehilangan 5,000 pelbagai jawatan dalam Kerajaan Selangor sekiranya meninggalkan pentadbiran kerajaan negeri itu.

Sebagai perbandingan, bagi PKR, parti itu hanya kehilangan 45 jawatan dalam Kerajaan Kelantan setelah Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengarahkan semua ahlinya yang menerima lantikan jawatan dalam pentadbiran Kerajaan Kelantan meletak jawatan.

Sumber PKR memberitahu Oriental Daily, di Kelantan, PKR ada 39 ahli majlis daerah, tiga penyelaras Dun dan tiga jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Jumlah keseluruhannya adalah 45.

"Sebaliknya, Pas Selangor akan berada di pihak paling merugikan sekiranya parti itu berhasrat meninggalkan Kerajaan Selangor.

"Setakat hari ini, hampir 5,000 ahli Pas memegang pelbagai jawatan yang dilantik oleh Kerajaan Selangor, termasuklah ketua kampung, ahli jawatan kuasa masjid, ahli majlis perbandaran dan ahli majlis daerah," kata sumber kepada akhbar ini.

Menurut sumber itu, terdapat sekurang-kurangnya 500 ketua kampung di seluruh Kelantan, namun tidak ada seorang pun ahli PKR dilantik memegang jawatan berkenaan.

"Tiada seorang pun ahli PKR dilantik sebagai ketua kampung di Kelantan. Sebenarnya selepas PRU13, PKR tak dapat sebarang faedah hasil kerjasama antara PKR dengan Pas," jelas sumber itu lagi.

Kata sumber itu, PKR menganggap arahan Wan Azizah yang meminta semua ahlinya meletakkan jawatan dalam pentadbiran Kerajaan Kelantan adalah tepat kerana akar umbi tidak lagi rasa keliru dengan pendirian parti.

"Dengan keputusan yang dibuat ini, sudah tentu semua ahli PKR faham dan jelas mengenai hala tuju yang ingin dibawa oleh parti mereka di Kelantan," katanya.







PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP