Wednesday 17 May 2017

PKR Tarik Diri Di Kelantan, Nik Amar Mula Gelabah

‘PAS tak halang, tapi lebih baik kekal’


PAS tidak menjangkakan Biro Politik PKR membuat keputusan drastik dengan mengarahkan semua lantikan politik dari parti itu dalam kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan mereka serta-merta.

Walau bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata keputusan untuk kekal adalah lebih baik, meskipun parti itu tidak menghalang jika mereka mahu melepaskan jawatan masing-masing.

"Kami mengalukan mana-mana ahli PKR yang mahu kekal dengan lantikan itu supaya dapat bersama-sama memberi khidmat kepada rakyat... itu lagi penting.

"Bagaimanapun, kita tidak menghalang jika mereka mahu meletak jawatan, namun keputusan kekal (jawatan dalam kerajaan negeri) adalah lebih baik.

"Apa pun, ia terserah kepada mereka dan kita mengalu-alukan apa saja keputusan yang dibuat," katanya yang dipetik portal Berita Harian Online selepas mesyuarat exco negeri, di Kota Bharu, hari ini.

Menurut Mohd Amar, keputusan itu adalah tindakan drastik pucuk kepemimpinan PKR, memandangkan pihaknya menjangkakan ketika ini adalah tempoh bertenang susulan isu hubungan kedua-dua parti terbabit.

Beliau yang juga timbalan menteri besar, turut dipetik berkata setakat ini, pihaknya masih belum menerima sebarang surat daripada ahli PKR di negeri ini berhubung keputusan berkenaan.

"Bagi kerajaan, apa saja keputusan tidak menjejaskan pentadbiran negeri, cuma mereka akan rugi kerana tidak boleh berkhidmat kepada rakyat.

"Kami harap supaya mereka kekal sekurang-kurangnya hingga hujung tahun atau sehingga pilihan raya umum nanti," katanya.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan bekas senator PKR, Saiful Izham Ramli, berkata parti itu perlu mengarahkan semua anggotanya yang mendapat lantikan politik daripada Kota Darulnaim meletakkan jawatan.

Dengan itu, katanya, barulah rakyat melihat bahawa PKR meletakkan kepentingan rakyat dan prinsip lebih utama berbanding keperluan peribadi.

Pada mesyuarat malam semalam, Wan Azizah berkata, PKR menerima keputusan PAS untuk membatalkan kerjasama politik dengan parti itu.

Bagaimanapun, katanya, PKR menolak alasan yang telah diberikan PAS kerana memutuskan tahaluf siyasi.

Majlis Syura Ulama PAS pada awal Mei lalu membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR selepas mendakwa begitu banyak pelanggaran syarat tahaluf siyasi yang dilakukan PKR.










PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP