Monday 8 May 2017

Warga Emas Berlatih Jalan Kaki 3 KM Setiap Hari Untuk Larian UMNO


KUANTAN, 8 Mei — Sejak beberapa minggu lalu, warga emas Abdullah Abdul Rani hanya berjalan kaki untuk ke kebun yang letaknya kira-kira 3 kilometer dari rumahnya di Beserah, di sini.

Beliau berkata ia sebagai latihannya untuk menyertai larian bendera ulang tahun ke-71 Umno di Pahang, yang bermula secara rasminya semalam.

“Orang tua seperti saya memang perlukan latihan. Jika tidak, pasti akan ketinggalan di belakang dan paling saya bimbangkan jika akan menyusahkan orang,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Abdullah merupakan seorang daripada 200 peserta yang mengambil bahagian dalam larian itu, diketuai ketua Pemuda Umno Pahang Mohd Shahar Abdullah yang memulakan larian dari Chendor di sini hingga ke bandar Kuantan.

“Ini juga sebagai sokongan kepada presiden (Datuk Seri Najib Razak) yang kini berhadapan dengan pelbagai serangan daripada pembangkang.

“Saya juga akan turun ke Bukit Jalil pada 11 Mei ini,” katanya.

- bernama



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP