Monday 10 July 2017

'Penyamun Dan Perompak Yang Patut Tinggalkan Politik'

Pemuda PKR (AMK) membalas kembali gesaan Pemuda Umno supaya tiga tokoh utama pembangkang berundur daripada politik dengan mengajukan saranan sama kepada perdana menteri.

Ketua Pemudanya Nik Nazmi Nik Ahmad percaya gesaan itu dibuat kerana pemimpin yang disebut itu “digeruni” mereka.

“Bukankah lebih baik sekiranya Khairy menasihatkan pimpinan dalam partinya sendiri yang terpalit dengan rasuah dan kegagalan mentadbir ekonomi negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meninggalkan politik?

“Jangan secara berterusan untuk memperdayakan rakyat yang berfikiran waras untuk menilai, siapa yang memberi manfaat dan siapa pula yang merosakkan negara,” katanya.

Khairy semalam dilaporkan berkata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang wajar meninggalkan politik.

Khairy menuduh ketiga-tiga pemimpin itu akan terus memecahbelahkan rakyat selagi berkecimpung dalam arena itu.

Dalam kenyataan hari ini, Nik Nazmi membangkitkan pelbagai isu yang menghimpit kerajaan termasuk beban kos sara hidup, kenaikan harga barang, penghapusan subsidi, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan dakwaan rasuah

“Saya yakin pada pilihan raya akan akan datang, rakyat akan menilai sendiri dan menuntut perubahan agar negara tidak lagi ditadbir oleh golongan penyamun dan perompak,” katanya.

- mkini




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP